Thursday, 19 July 2012

2 Anai-Anai Tidak ‘Jamah’ Al-Quran Usia 100 Tahun



Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai.

Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pun ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.

Kejadian itu berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.

Dalam Al-Qur’an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah S.W.T. berfirman:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”

Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah S.WT., bahawa Dia selain menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.
Sumber : Mynewshub.my

2 Comments

Bagaimana Pendapat Anda ?

Comment Here